Awet muda? Nak tahu jenis makanan sedap yang boleh bantu merawat kulit supaya lebih sihat, anjal dan cantik walaupun semakin berusia? Okay, baca artikel ini ya!
Siapa yang tak nampak kelihatan awet muda, kan?Lagi-lagi wanita yang dah berusia sikit.
Tentunya akan berusaha sedaya upaya cuba untuk tampil kekal cantik. Yang seangkatan usia dengan sis,dah tentu punya rasa seperti ini. Namun, penuaan adalah sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dihindari. Seiring dengan waktu serta peningkatan usia, penampilan kita pun akan turut berubah.

Namun, menjaga pemakanan dan memilih makanan yang tepat bukan jer dapat membantu kita menjaga bentuk badan, bahkan memberikan manfaat pada kesihatan dan kecantikan kulit.
Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Yang Boleh Membantu Terlihat Lebih Awet Muda:
Buah delima merupakan salah satu buah tersihat. Ini adalah kerana kandungan nutrisinya memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keanjalan dan umur kulit.
Jus delima juga dapat memperbaiki kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Kandungan anthocyanin yang terdapat dalam buah ini mampu meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga membuatkan kulit jadi lebih anjal.
2. Keluarga Beri
Buah-buahan dalam keluarga beri, sepert strawberry, blueberry, raspberry dan blackberry ini sememangnya kaya dnegan pelbagai vitamin A, E dan C yang bagus untuk kulit.
Buah-buahan dalam keluarga beri, sepert strawberry, blueberry, raspberry dan blackberry ini sememangnya kaya dnegan pelbagai vitamin A, E dan C yang bagus untuk kulit.
Selain itu, mengandungi antioksdan yang tinggi yang dapat membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit dan mencegah garis-garis penuaan.
3. Buah Tembikai
Korang suka makan buah tembikai tak?Kalau suka, yeaay kita sama.Buah tembikai bukan sahaja mengandungi banyak air, tetapi turut memiliki kandungan lycopene. Ianya berfungsi sebagai antioksidan yang boleh membantu menghalang kerosakan sel kulit serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Selain itu, tembikai juga mengandungi phytochemical yang tinggi sehingga berupaya menjadi pelindung sinaran matahari bagi menangkis radiasi sinaran UV.
4. Avokado
Buah avokado bukan setakat sedap, tetapi juga bagus untuk kesihatan kerana kaya dengan lemak sihat, serat, vitamin serta mineral penting.
Biarpun tinggi kandungan lemaknya, namun lemak ini cukup bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit.
Kandungan vitamin E ini berguna untuk merangsang pengeluaran kolagen yang dapat membuatkan kulit lebih anjal, cerah dan bebas daripada berkedut. Korang boleh cuba buat sendiri jus avokado. Kisar buah bersama susu hingga lumat, letak ais dan sedikit gula (jika perlu).

5. Lobster
Kesan penuaan pada kulit pasti terjadi, namun zink yang terkandung dalam makanan sedap seperti lobster ini mampu membantu mempercepatkan pembaharuan kulit serta membantu mengubati pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat. Siapa sangka, kan....

Kandungan zinc membuatkan lobster mempunyai sifat anti-inflamasi yang berupaya membuatkan kulit kita jadi lebih kuat terhadapa peradangan yang disebabkan oleh sinaran UV.

6. Ikan Salmon
Teruja dengan makanan sedap seperti ikan salmon? Sis pun sama jugak. hahaha.... Ikan ini kaya dnegan kandungan Omega-3 yang bagus untuk kulit supaya kelihatan lebih awet muda. Khasiat Omega-3 dapat mencegah kerosakan pada kolagen dan elastin yang membuatkan kulit menjadi rosak.

Selain itu, ikan salmon juga dapat mempertahankan kelembapan kulit supaya tetap terhidrasi sepanjang hari. Di samping itu, kandungan vitamin D juga dapat meindungi kulit dari pencemaran dan efek sinaran UV.
BACA JUGA: Rahsia Bebas Jerawat
Itulah antara makanan sedap yang dapat merawat serta melindungi kulit kita supaya kekal sihat, cantik dan nampak lebih awet muda. Selamat menikmatinya!
Itulah antara makanan sedap yang dapat merawat serta melindungi kulit kita supaya kekal sihat, cantik dan nampak lebih awet muda. Selamat menikmatinya!
Sekian dulu perkongsian kali ini, semoga bermanfaat ye!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google

1 Ulasan
terima kasih atas perkongsian
BalasPadam