Sudio T2 Review - Unik Tanpa Tandingan!

www.aniemohamed.blogspot.com



Jenama Sudio, dari Sweden ini menawarkan banyak produk audio yang menarik kerana kualiti dan harganya. Yang terbaharu, Sudio T2. Baca sampai habis Sudio T2 Review nie ya! 



www.aniemohamed.blogspot.com

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Wah gitewwww! Manakan tidak, setelah sekian lama menanti Sudio T2, sejak dilancarkan pada 17 September lalu. Akhirnya kini berada dalam genggaman. Dapatlah sis buat Sudio T2 Review yang mana sis dapati ianya unik tanpa tandingan! (buat masa ini, manalah tau... nanti-nanti muncul lagi siri terbaru yang pastinya lebih 'letops' lagi..kan...)




www.aniemohamed.blogspot.com


Makin Hari Makin Suka!

Wireless earbud, Sudio T2 merupakan koleksi ketiga sis. Sebelum ini, sis sudah memiliki Sudio Nio dan Sudio Tretton. Dua-duanya pun sis suka! Sudio T2 nie, lagilah pulak sukanya. Dan apa yang sis coretkan dalam Sudio T2 Review ini mewakili apa yang sis rasa okay!

Baca Juga: Sudio Nio Review

Sudio T2 Review - Dilengkapi Teknologi Terkini
Sudio T2 dilengkapi teknologi terkini yang tentulah lebih canggih. T2 adalah generasi terbaru terlaris, model Sudio Tolv.

Ada empat warna menarik yang boleh korang pilih. Ikut la selera memasing. Ada hitam, putih, sand dan juga jade. Sis pilih warna sand kerana nampak lembut dan kena dengan jiwa sis he.. he… he…

www.aniemohamed.blogspot.com

Selesa Di Telinga Dan Syok!

Dengan Sudio T2 nie sis boleh menikmati lantunan suara yang lebih mantap. Sudio T2 menggunakan teknologi ‘beamforming’. Mikrofon yang beamform akan mengawal bunyi yang tidak jelas sehingga kita dapat membuat panggilan yang lebih jelas.

Setiap lagu, muzik ataupun panggilan yang sis terima, sis dapat menikmatinya dengan baik.
Ada member sis tanya, bass-nya macam mana?Seriously, mantap! Korang kena cuba dan dengar sendiri.

Yang best lagi, teknologi ‘noise cancellation' nya memang superb. Segala kebisingan di persekitaran akan dibatalkan sebelum sempat ia sampai ke telinga kita.

Dapat tak korang bayangkan, betapa syoknya kita dapat melayan lagu-lagu ataupun zikir-zikir yang menjadi kegemaran kita tanpa sebarang gangguan.

www.aniemohamed.blogspot.com

Sudio T2 juga direka bentuk dengan gaya estetik dan cukup kemas sehingga dapat melenyapkan ketidakselesaan pada cuping telinga. Bagi keseimbangan dan keselesaan yang ideal walaupun dipakai dalam tempoh yang lama, Sudio T2 turut disertakan dengan ‘Eartips’, bersize XS sehingga L. 
So, korang pilihlah mana yang sesuai dengan size telinga ya.


www.aniemohamed.blogspot.com

Ketahanan Bateri Sudio T2

Bab ketahanan bateri Sudio T2, tidak perlu diragui. Tahan lama dan laju dicas!
Cas 10 minit, boleh tahan 2 jam layan lagu. Kalau menggunakan pengecasan, baterinya tahan sehingga 35 jam. Dan kita boleh mendengarnya sehingga 7.5 jam dengan sekali cas.


Demi Kelestarian Alam


Misi utama Sudio adalah mahu mencipta kehebatan audio yang luar biasa.Dalam masa yang sama Sudio begitu komited dalam menyokong kelestarian alam. Salah satu cara yang dilakukan adalah dengan mereka bentuk semula pembungkusannya iaitu 100% bebas bahan plastik.

Serius, yang nie buat sis salute! Walaupun menyelamatkan bumi kedengaran sukar, namun hal-hal sederhana seperti ini boleh lakukan dalam kehidupan seharian.


www.aniemohamed.blogspot.com

Keperluan Masa Kini

Sis tak nafikan wireless earbuds menjadi keperluan sekarang. Selain daripada rekaan, kualiti audio dan jangka hayat baterinya juga perlu dititik beratkan.Sudio T2 juga tidak bermasalah untuk dipasang pada peranti iOS dan Android.

Sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Sumbat dalam poket baju atau seluar pun settle! Hahaha…

www.aniemohamed.blogspot.com

Dapatkan Diskaun 15% 

Untuk Sudio T2, harga yang ditawarkan ialah RM549/129USD. Korang boleh dapatkannya di laman web www.sudio.com/my

Oh ya, untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15%, korang hanya perlu masukan 
KOD PRMOSI: ANIET2

Semoga perkongsian Sudio T2 Review ini sedikit sebanyak dapat membantu korang ya.Buatlah pilihan yang tepat dan bijak kerana biarlah alah membeli menang memakai!

www.aniemohamed.blogspot.com

Jumpa lagi,

Lurve,
Sis Anie Mohamed









Post a Comment

2 Comments