www.aniemohamed.blogspot.com


Vitamin C memang diperlukan oleh tubuh, tetapi pengambilannya perlu dititikberatkan. Selain boleh didapati dari supplement, vitamin C secara semulajadi turut ada pada beberapa makanan.

Kita memerlukan 200mg vitamin C pada setiap hari. Adalah lebih baik kalau kita mengetahui makanan-makanan yang mengandungi vitamin C. Jadi, senanglah kita nak ambilnya secara rutin.

Lagipun bukan semua di antara kita mampu membeli supplement vitamin C.Sis pun kadang-kadang termiss juga untuk membelinya.Konsep jimat yang perlu diterapkan adalah dengan menikmati sayur dan buah yang mengandungi vitamin C. 

Beli supplement Vitamin C kat sini:
💛 https://shp.ee/4pen8r5

Kalau baca dalam MSN Lifestyle ada menyatakan, ada beberapa jenis makanan yang mengandungivitamin C dikatakan mampu untuk meningkatkan daya ketahanan badan jika dimakan secara rutin.

Baca Juga: 6 Sebab Kita Perlu Makan Vitamin C 

Berikut antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C :


www.aniemohamed.blogspot.com


1. Oren

Memang bagus kalau makan buah oren sebagai kudapan sementara menantikan waktu untuk makan tengahari Salah satu kebaikannya, buah ini mengandungi 90 peratus vitamin C.

Memandangkan vitamin C larut dalam air, pengambilan buah oren pada setiap hari amat disarankan kerana ia dapat mempertahankan sebanyak mungkin nutrsi yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, oren juga rendah kalori, tetapi kaya dengan air dan serat.

www.aniemohamed.blogspot.com


2. Kiwi

Pengambilan dua biji buah kiwi dikatakan mampu memenuhi keperluan vitamin C. Bahkan kandungan vitamin C buah ini juga dikatakan lebih banyak daripada buah oren.

Memandangkan harganya agak mahal, jadi buah Kiwi tidaklah sepopular buah-buahan lain. Tapi, kadang-kadang tu hirisan buah kiwi nie kitab oleh nampak kat salad, kek dan sebagainya. 

Beli buah kiwi fresh kat sini: 
💛 https://shp.ee/52kttkm




www.aniemohamed.blogspot.com


3. Strawberry

Buah strawberry bukan jer mengandungi vitamin C, tetapi juga dilengkapi dengan flavonoid, mangan, folat dan antioksidan.

Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam buah ini dikatakan dapat membantu mencegah kanser, penyakit pembuluh darah dan juga demensia.

 
www.aniemohamed.blogspot.com


4. Lemon

Lemon dikatakan mampu memberikan khasiat yang banyak berbanding supplement vitamin C. Buah ini boleh dinikmati begitu sahaja, atau dijadikan campuran salad atau dicampur dengan minuman.Yang bestnya, vitamin C yang terdapat dalam lemon juga boleh berfungsi sebagai antioksidan.

Beli lemon fresh kat sini:


www.aniemohamed.blogspot.com


5. Brokoli

Ada kajian menyatakan, pengambilan sayuran vitamin C dapat meningkatkan daya ketahananan badan serta menurunkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Vitamin C yang terdapat dalam brokoli bertindak sebagai agen antioksidan dalam tubuh.


www.aniemohamed.blogspot.com


6. Betik

Wow! Terbaiklah kalau korang suka makan buah betik. Buah ini turut mengandungi vitamin C tau yang mampu menjaga keupayaan daya ingatan serta memiliki zat anti inflamasi untuk otak. Memang bagus sangat, tapi sayangnya sis tak makan buah betik. Huuhu… rugilah kan…



Beli Imported & Local Fresh Fruits kat sini:
💛 https://shp.ee/2q9heim

Itulah antara sayur dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Pastikan korang mencukupi keperluan vitamin C pada setiap hari kerana kekurangan vitamin ini boleh membuatkan kita mudah di serang pelbagai penyakit.

Okay, semoga perkongsian ini bermanfaat.

Lurve,
Sis Anie Mohamed

 Credit Images: pexels.com