www.aniemohamed.blogspot.com


Berkurun zaman rasanya tak melawat ke Zoo Negara. Dulu-dulu pergi time dua anak bujang nie masih kecil, yang mana dua tu tak wujud lagi! 
Hahaha… Now dua hero tu dah masuk era 20an. Dapat bayangkan tak… betapa lamanya tak jejakkan kaki ke situ.Peluang berkunjung ke Zoo Negara yang terletak di Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights bersama friends like family, mencipta satu kenangan manis. Lagipun sejak-sejak PKP, kami memang dah lama tak keluar reramai cam gini. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Kaunter tiket... awal pagi masih belum sesak...


www.aniemohamed.blogspot.com
Dah beli tiket, baru boleh pakai tag tu


www.aniemohamed.blogspot.com
Ada peta nie senang sikit...


www.aniemohamed.blogspot.com



Yang paling excited nak pergi ke Zoo Negara tentulah tak lain, tak bukan Dea Marissa. Semangat betul dia nak tengok hidupan liar kat situ. Ada lebih daripada 5000 haiwan yang terdiri daripada burung, mamalia, reptilia, amfibia dan pelbagai jenis ikan.


www.aniemohamed.blogspot.com
Ada banyak Flamingo. Suka tengok!

www.aniemohamed.blogspot.com
Kuda Kerdil, mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan kuda biasa
tetapi ia dianggap lebih jinak dan penyayang

www.aniemohamed.blogspot.com
Ara Ararauna, spesies Nuri yang ketiga terbesar di dunia


Baca Juga: Jom Jalan-Jalan Ke Aquaria, KLCC


Bertolak pagi-pagi, sebab dari Shah Alam nie kira jauh jugaklah nak menyampai ke sana tu. Lagipun, kalau lambat, confirm lagi sesak dengan para pengunjung. Bila sampai awal, nak parking kereta pun senang.Tempat letak kereta ada A dan B. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Sebab parking kereta kat area B, so jalan sikit jer dah ke Entrance B

Sampai sana, orang pun masih tak ramai. Lagi seronok dan rasa secure nak pusing-pusing dalam tu. Disebabkan masih dalam suasana pendemik, jadi animal show dan sebagainya time pergi tu memang tak ada.


www.aniemohamed.blogspot.com
Jom berkenalan dengan keluarga Orangutan Sumatra Kami


www.aniemohamed.blogspot.com
Dapat tengok gelagat Ana dan Choky 


www.aniemohamed.blogspot.com
Koleksi anak patung panda comel jer..


Ada macam-macam haiwan, ada gajah, flamingo, harimau, rusa, zirafah, monyet, orang utan dan lain-lain. Kedai cenderamata pun ada. Jual macam-macam, kalau ada anak kecik… confirm la ‘membeli’ hahhaa… Selain itu, kemudahan-kemudahan macam tandas, tandas OKU, restoran, kiosk,surau dan sudut untuk bergambar pun ada. 
www.aniemohamed.blogspot.com
Tunggu gambar siap... 


Comelnya mainan budak... Ikan Gedik Viral (fish toys)
Tengok sini: 💛 https://shp.ee/hrbqkeh

                     💛 https://shp.ee/2vg2csh

www.aniemohamed.blogspot.com
Saya Fu Wa! (Anak Patung Beruang)

Selain teruja tengok haiwan-haiwan yang ada, yang paling best tu mestilah Panda. Memang special sangat… ada rumah sendiri dan ber aircond. Untunglah… ada 3 ekor panda dalam tu. Kami yang dah berpeluh-peluh pun bila masuk ke dalam rumah panda nie dapatlah menyejukkan badan seketika. Hahhaa… .. hahaha... Tiket untuk masuk ke rumah panda nie, memang dah termasuk sekali dengan tiket zoo. So, jimatlah kat situ… hehehe…



www.aniemohamed.blogspot.com
Suasana menghijau cukup mendamaikan hati

Sebab dah lama tak jalan-jalan, melihat dunia luar…. Menikmati keunikan hidupan luar serta suasana alam semulajadi memang mendamaikan hati. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Penat berjalan kaki, kita naik tram pulak

Lenguh berjalan, kami naiklah tram. Kebetulan time tu hujan mula turun. Naik tram satu pusingan, kenalah beli tiket tapi harganya lupalah pulak. Kami turun di stesen yang berhampiran dengan tempat letak kereta sebab time tu perut pun dah seakan-akan minta diisi.



Korang yang nak datang ke Zoo Negara, sila-silah ya. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Harga tiket yang ditawarkan

Waktu Operasi: Setiap Hari

Jam: 9.00 pagi – 5.00 petang

Kemasukan Terakhir: 4 petang


Tips Keselamatan

· Jangan membuang sampah di merata-rata tempat

· Dilarang mengusik atau memberi makanan kepada haiwan.

· Sentiasa prihatin terhadap pergerakan anak-anak demi keselamatan mereka.

· Jangan menceroboh kawasan larangan.

· Pastikan diri sentiasa duduk ketika menaiki tram.


www.aniemohamed.blogspot.com
Photo Corner -  Simpan satu sini sebagai kenangan...

Okaylah, serba sedikit perkongsian sis sewaktu mengunjungi Zoo Negara.Sampai ketemu lagi.Daaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed