Resepi Salad Buah | Suka makan salad buah atau suka makan salad sayur? Bagi yang suka atau tak pernah menikmatinya, jom cuba Resepi Salad Buah ini.

Resepi Salad Buah Yang Cukup Enak


Apapun keduanya mempunyai pelbagai nutrisi dan berupaya meningkatkan kesihatan serta kesegaran tubuh.Cuma, perlulah diambil secara perpada-pada. Kalau berlebihan sangat, timbul pulak penyakit. Dah satu hal!! Huhhu…

Resepi Salad Buah

Bagi yang nak berdiet atau ingin menerapkan gaya hidup yang sihat, memang digalakkan sangat-sangat. Bukan apa, secara tak langsung dengan kudapan sihat ini kita dapat menghindarkan diri daripada menikmati makanan-makanan bergoreng ataupun berkalori tinggi.

Baca Juga: 5 Jenis Buah Elok Dimakan Untuk Diet

Hari nie sis rasa teringin pula nak makan salad buah sebab sis tak berapa suka sangat kalau beli. Kadangkala terkena buah yang rasanya sudah tak berapa sedap. Maybe kurang segar dah buah yang digunakan tu.Lagipun kalau buat sendiri lebih terjamin sihat dan hygiene.

Cara membuat atau resepi salad buah nie ada pelbagai variasi. Ada yang letak itu, ini, begitu, begini. Ikut kreativiti dan selera memasing.

Resepi yang sis nak share nie, cara sis yang selalu buat dan suka makan. Simple sangat-sangat dan sesuai la untuk korang yang nak diet.

Kalau rasa nak cuba buat, cubalah.Mana tau kena selera dan dapat membantu korang turunkan berat badan.

Resepi Salad Buah


Jom Cuba Resepi Salad Buah

Bahan-bahan yang diperlukan:
· Buah-buahan segar dipotong (ikut suka korang la nak potong gaya apa dan nak letak buah apa ya)

· Sedikit daun pudina dihiris. Tak nak hiris pun ok jer dan kalau tak nak letak pun tak pe.


Bahan untuk dressing 


· Sedikit olive oil 

· Sedikit madu

· Sedikit air perahan lemon

Baca Juga: 6 Cara Pilih Buah Lemon Yang Segar

Cara Membuatnya


1. Masukkan ke semua buah-buahan yang sudah dibersihkan dan dipotong ke dalam bekas atau mangkuk berisi air batu. Biarkan selama lebih kurang 15 minit supaya rasanya lebih segar dan ranggup.

2. Lepas tu toskan dan keringkan.

3. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan olive oil, madu dan air perahan lemon tadi.

4. Gaul rata kesemuanya. Okay salad buah dah siap untuk dinikmati!

Selamat Menikmati Salad Buah!


Selamat mencuba resepi salad buah hasil air tangan korang sendiri. Gitewww…


Credit Images: pexel.com