Korang pernah alami tak, masak daging, tak kiralah daging lembu, kambing ataupun kerbau, liat dan terpaksa berjam-jam menunggunya empuk?Dulu-dulu masa tak tahu petua nie, memang berpeluh ‘keti’ duduk tepi dapur menunggunya cepat lembut ataupun empuk.Sis pun tak pasti sama ada, korang pernah guna tips atau cara tersebut. Kalau belum, silalah cuba ye...  kot-kot bila sampai kat tangan korang ia tetap menjadi he he he

  
daging

Tips Lembutkan Daging Dengan Cepat

      
Tips lembutkan daging dengan cepat mengikut cara emak sis adalah dengan menggunakan biji kurma ataupun biji tamar (nama lain kurma, yang sering mak sis gunakan). 

Kat rumah mak ada jer pressure cooker tu, tapi entahlah… nak jugak guna kuali besar mak untuk memasak daging. Lebih feel!

Daging masak hitam atau rendang hitam, menu wajib kalau sis pulang ke kampung. Masak bukan sekilo, kadang-kadang sampai 5 kilo tau. Jadi, memang tak betahlah kalau sis nak duduk lama-lama kat dapur. 

Lagipun, bukan setakat satu menu tu jer. Ada banyak lagi yang mak suruh masak. Padahal mak pun bukanlah makan banyak mana, tapi nanti bila anak-anak mak semua nak balik, mulalah mak suruh tapau lauk pauk tu. Nampak tak, kasih sayang seorang ibu tu walaupun anaknya nie yang masak he he he...

Daging Dan Biji Kurma


Ok, sambung balik cerita tentang daging dan biji kurma tadi. Hehehe… Mula-mula korang hirislah daging tu melawan arah urat, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal kerana ia boleh mempercepatkan daging tadi empuk.


daging


Lumur Tepung Gandum

Dah settle semua, untuk hilangkan bau hamis daging tu sis suka cuci guna tepung gandum. Lumur-lumur daging yang dah siap dihiris atau dipotong, gaul sampai rata dan masukkan sedikit air.
Bila nampak macam ‘bersatu’ biarkan selama 15 minit. Kemudian masukkan air lagi, gaul-gaul dan tapis. Kemudian gaul, tapis dan bilaslah sampai rasa ok. Lepas tu toskan airnya.



Andaikata tepung gandum tak ada atau dah habis, sis akan lumur dan cuci daging tersebut dengan menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi. Cara nie pun ok.. elok bersih dan segar jer daging tu.

Bila dah settle semuanya, time untuk merebus daging. Biji kurma yang dah dibasuh bersih, (mak sis simpan biji kurma nie dalam bekas.. ada banyak tu!! Hari tu balik kampung terlupa pula nak snap gambar).


Baca Juga: 



daging


Sis akan letak biji kurma nie time daging tengah ‘berenang-renang’ dalam kuali. Tapi, air pertama rebusan tu sis akan buang dulu. Mak sis ajar begitu… buang air darahnya dulu sebab tak elok untuk kesihatan. Sis patuh jer laa… hahaha….

Bila merebus daging tu, pastikan kuali atau periuk ditutup rapat sebab ia boleh membantu menggempukkan daging.Lain orang lain caranya kan… tapi untuk cara menggempukkan daging dengan menggunakan biji kurma sis rasa ok sangat-sangat. Lebih pantas empuknya berbanding tak bubuh.Cara inilah yang sis guna kalau masak daging.

Biasanya sis akan gunakan api besar masa mula-mula merebus sehingga airnya mendidih. Lepas tu sis akan gunakan api yang sederhana dan api yang agak kecil ketika daging sudah berubah warna. 


Kalau masak tak guna teknik merebus daging terlebih dahulu, sis tetap juga akan guna biji kurma untuk menggempukkannya.Kadang-kadang sis nak perap dulu daging tu dengan bahan perapan. Sis akan biji kurma letak ketika proses merebus berlangsung. Gitew la ceritanya.

Okaylah itulah antara tips masak daging supaya cepat empuk dan tak liat dengan menggunakan biji kurma. Selamat mencuba, semoga bermanfaat.