Turunkan berat badan pada tahun ini mungkin menjadi salah impian. Kalau betul, eh kita samalah! H
Kalau tengok, sis tak adalah nampak montel sangat. Cuma, untuk diri sendiri sis rasa tak selesa dengan pertambahan 4kg! Tambahan pula, ada banyak pakaian sis yang dah tak muat! Memang cukup mengharukanlah jadinya.
Bersemangat Mahu Turunkan Berat Badan
Disebabkan itulah sis jadi bersemangat untuk turunkan berat badan nie ke asal.Melalui beberapa sumber, ada beberapa jus buah atau air buah yang dikatakan elok untuk diet kerana boleh membantu menurunkan berat badan.Buah-buahan yang rendah kalori dan tinggi serat dikatakan dapat membantu melancarkan misi tersebut.
Waktu Tepat Minum Air Buah
Waktu yang paling tepat untuk kita minum air buah (tanpa ditambah gula atau pemanis lain) pada sebelah pagi dan dalam keadaan perut yang masih kosong. Seeloknya minum segelas, 2 atau 3 kali sehari.
Berikut beberapa jenis buah-buahan yang disarankan:
1. Oren
Buah ini dikatakan rendah kalori, namun tinggi vitamin C dan kaya dengan serat. Sebiji buah oren juga dikatakan berupaya membekalkan pelbagai nutrient makanan semualajadi, selain daripada memebekalkan serat serta meningkatkan kesihatan usus.Tekak rasa lega betul bila dapat minum air buah oren yang baru diperah. Selain bermanfaat untuk menurunkan berat badan, dapat juga melegakan sakit kepala serta meningkatkan perlindungan imun tubuh.
2. Kiwi
Buah kiwi kaya dengan nutrisi dan merupakan sumber vitamin C, vitamin E, folat dan serat yang bagus.
Buah ini juga dikatakan dapat mengawal gula dalam darah serta elok untuk kesihatan usus dan sangat membantu proses penurunan berat badan.
3. Epal
Epal adalah buah yang rendah kalori dan tinggi serat. Buah ini dapat mengurangkan rasa lapar dalam mengendalikan nafsu makan.
Jadi, tak hairanlah buah epal sangat disarankan untuk yang mahu menurunkan berat badan.Epal juga dipercayai dapat membakar lemak serta mengurangkan keinginan kita untuk ‘mengunyah'.
Kalau tanya sis, untuk buat air buah, sis lebih suka guna epal hijau, epal Granny Smith berbanding epal merah. Pergh! Bertambah sedap bila tambah garam bukit sikit dan letak ais! Nikmat!!
4. Markisa
Ramai tak yang suka makan buah markisa. Agak susah juga nak cari buah nie. Sis suka sangat, dah siap tanam sepokok tapi sayangnya sampai la nie tak berbuah lagi. Huhuu…Buah markisa dikatakan mengandungi 17 kalori dan kaya serat, vitamin A, vitamin C, kalium dan juga zat besi. Memandangkan markisa kaya dengan serat, jadi ia akan memperlambatkan penghadaman sehingga membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Tembikai susu merupakan buah yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan airnya. Air buah tembikai susu memang bagus untuk kestabilan berat badan, menurunkan kolesterol secara keseluruhan serta menghindarkan tubuh daripada tekanan darah tinggi dan juga penyakit kanser.
Itulah beberapa jenis air buah yang boleh membantu menurunkan berat badan secara sihat. Semoga bermanfaat!
Itulah beberapa jenis air buah yang boleh membantu menurunkan berat badan secara sihat. Semoga bermanfaat!
0 Comments