Ada tak yang anggap sarapan pagi tu tak penting? Kalau ada, baik ubah persepsi tersebut. Sebabnya kalau tak ambil makanan pagi ia turut meninggalkan efek yang tak baik untuk kesihatan, termasuklah menjasa sistem imun badan kita.
Jangan Abaikan Sarapan Pagi
Dulu-dulu, time muda remaja memang sis tak pernah kisah bab-bab makan pagi nie. Terlalu sibuk dengan kerja sampai lupa soal sarapan pagi. Perut kenyang sebab dah makan dengan kerja!! Huhuu…
Pagi-pagi sis memang suka minum teh hijau panas.Sebabnya time nie metabolisme tengah tinggi dan secara tak langsung dapat dipertingkatkan lagi dengan secawan teh hijau panas.Banyak manfaat untuk kesihatan bila kita minum teh hijau nie sebab ia mengandungi polifenol antioksidan yang tinggi.
Nak tahu apa lagi kebaikan teh hijau?
Baca Sini:
Sejak dahulu lagi sis memang suka minum teh halia panas. Terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Apa yang sis baca, di dalamnya mengandungi vitamin C, magnesium, mineral dan banyak lagi la.
Korang yang ada masalah penghadaman, nak lancarkan perjalanan darah, turunkan berat badan, meningkatkan daya ketahanan badan serta mengatasi rasa kembung perut ketika datang period elok amalkan. Kalau sis, sis akan renehkan air teh halia nie sekali dengan daun pandan.
Kalau tak ada lemon, limau kasturi pun jadik!! Walaupun minuman ini sederhana, tapi manfaatnya banyak. Cara nak buatpun sangatlah mudah, kalau tak nak air panas, air sejuk pun boleh. Campurkan hirisan lemon ke dalam segelas air.
Minuman yang sis rasa cukup mengenyangkan dan punya banyak khasiat untuk kesihatan. Tentu ramai yang suka minum banana milkshake kan…Rasa buah pisang yang dicampur dengan susu serta bahan yang sihat memiliki rasa yang cukup lazat.
Elok dinikmati untuk sarapan pagi kerana minuman ini merupakan sumber energi yang baik untuk tubuh jika diambil secara rutin dan tidak berlebihan.
Watermelon atau buah tembikai ini kaya dengan kandungan air dan rendah kalori. Kalau makan time cuaca panas, perghh memang sedap! Buah tembikai dikatakan mampu memenuhi keperluan air pada badan kita.
Kandungan air (91%) dan tenaganya juga tinggi. Jadi sebab itulah pengambilan buah ini dapat menghindarkan kita daripada dehidrasi (kekurangan air dalam badan).
Selain suka makan macam tu jer… sis suka juga buat smoothie. Nak membuatnya pun senang. Korang potong la buah tembikai tu kecik-kecik. Ambil yoghurt yang plain secukupnya, kalau nak letak gula sikit pun boleh tapi sis tak letak gula pun (untuk lebih sihat gitewww) dan ais batu secukupnya.
Lepas tu, korang masukkan buah tembikai yang dah dipotong tu ke dalam blender. Masukan yogurt, gula (jika perlu), dan ais batu secukupnya.
Apa yang sis buat tu memang tak bagus, dan kesan tetap ada. Menanggung la sampai sekarang he he he… Korang ingat ya, jangan skip sarapan pagi tau.
Pastikan juga menu yang dipilih tu mengandungi pelbagai nutrisi penting supaya badan kita mempunyai tenaga sepanjang hari. Di samping itu, bukan soal makanan jer yang perlu dititikberatkan.Menu minuman yang dipilih juga perlu kita ambil peduli, Sebaiknya elakkan mengambil minuman berkafien dan manis-manis.

Pilih Minuman Menyihatkan Badan
Jadi, apakata kita tukar kepada minuman atau jus yang lebih menyihatkan badan. Kat sini sis share beberapa minuman sihat yang menjadi kegemaran sis bila bersarapan pagi. Kalau korang boleh buat sendiri pun lagi bagus.
1. Teh Hijau
Pagi-pagi sis memang suka minum teh hijau panas.Sebabnya time nie metabolisme tengah tinggi dan secara tak langsung dapat dipertingkatkan lagi dengan secawan teh hijau panas.Banyak manfaat untuk kesihatan bila kita minum teh hijau nie sebab ia mengandungi polifenol antioksidan yang tinggi.
Nak tahu apa lagi kebaikan teh hijau?
Baca Sini:
2. Teh Halia
Sejak dahulu lagi sis memang suka minum teh halia panas. Terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Apa yang sis baca, di dalamnya mengandungi vitamin C, magnesium, mineral dan banyak lagi la.
Korang yang ada masalah penghadaman, nak lancarkan perjalanan darah, turunkan berat badan, meningkatkan daya ketahanan badan serta mengatasi rasa kembung perut ketika datang period elok amalkan. Kalau sis, sis akan renehkan air teh halia nie sekali dengan daun pandan.
3. Air Lemon
Kalau tak ada lemon, limau kasturi pun jadik!! Walaupun minuman ini sederhana, tapi manfaatnya banyak. Cara nak buatpun sangatlah mudah, kalau tak nak air panas, air sejuk pun boleh. Campurkan hirisan lemon ke dalam segelas air.
Settle! Hahaha…Kalau nak sedap, letak daun pudina pun no problem. Seharian badan kita segar tau!
4. Banana Milkshake
Minuman yang sis rasa cukup mengenyangkan dan punya banyak khasiat untuk kesihatan. Tentu ramai yang suka minum banana milkshake kan…Rasa buah pisang yang dicampur dengan susu serta bahan yang sihat memiliki rasa yang cukup lazat.
Elok dinikmati untuk sarapan pagi kerana minuman ini merupakan sumber energi yang baik untuk tubuh jika diambil secara rutin dan tidak berlebihan.
5. Watermelon Smoothie
Watermelon atau buah tembikai ini kaya dengan kandungan air dan rendah kalori. Kalau makan time cuaca panas, perghh memang sedap! Buah tembikai dikatakan mampu memenuhi keperluan air pada badan kita.
Kandungan air (91%) dan tenaganya juga tinggi. Jadi sebab itulah pengambilan buah ini dapat menghindarkan kita daripada dehidrasi (kekurangan air dalam badan).
Selain suka makan macam tu jer… sis suka juga buat smoothie. Nak membuatnya pun senang. Korang potong la buah tembikai tu kecik-kecik. Ambil yoghurt yang plain secukupnya, kalau nak letak gula sikit pun boleh tapi sis tak letak gula pun (untuk lebih sihat gitewww) dan ais batu secukupnya.
Lepas tu, korang masukkan buah tembikai yang dah dipotong tu ke dalam blender. Masukan yogurt, gula (jika perlu), dan ais batu secukupnya.
Blend la sampai ke semua bahan tu bersatu! Dan… dah siap! Nak lawa, korang hias la kat tepi gelas tu dengan potongan tembikai. Gitewww….
Baca Juga: Ketahui 5 Jenis Buah Elok Dimakan Untuk Diet Sihat
Okaylah, sekian dulu perkongsian sis tentang minuman yang boleh menjadi alternatif minuman sihat untuk sarapan pagi.Semoga bermanfaat ya!

0 Comments