Inilah Rupanya Kek Marble Pelangi Ala Kek Zaman Dulu-Dulu  

DAH LAMA TAK MEMBAKING. BILA STRESS, MOOD TU DATANG BALIK. NANTI TRY LA RESEPI KEK MARBLE PELANGI YANG SIS KONGSIKAN INI. SEDAP ‘GILOS’ TAU!



Kalau nak tahu memasak atau membuat kuih/biskut/kek/bubur adalah terapi stress Sis yang paling mujarab. Sambil memasak tu, Sis suka pasang lagu-lagu kegemaran sebab apa yang Sis tahu kalau kita dengar muzik favourite kita selama 30 minit, ia dikatakan mampu melepaskan zat endorphin untuk mengurangkan stress  serta menghilangkan rasa sakit, termasuklah sakit hati! Haha.. haha..


Si Abang gigih memutar adunan Kek Marble Pelangi 

Oklah, Sis share ye Resepi Kek Marble Pelangi yang Sis buat bersama anak bujang Sis, Haikal Haziq. Kali ni, Sis tukang sukat bahan dan tukang bakar. Lain-lain, anak bujang tu yang buat. Nak ajak anak dara Sis, alahai Dhia Marissa kecik lagi. Karang main-main dengan tepung, pening pulak kepala Sis nak mengemasnya... Huhu...huu...

Sebelum share resepi ni, Sis nak cerita  tentang rasa Kek Marble Pelangi ni. Selain senang dan tak renyah nak membuatnya,  rasanya juga sangat lembut dan moist. Rugi tau kalau tak cuba resepi yang Sis share ni.

Sedap sangat kalau dimakan panas-panas.  Ok juga jika buat hidangan untuk anak-anak atau kawan-kawan yang datang bertandang ke rumah sambil minum-minum Teh O panas gitu. Tak pun, dekat nak raya nanti, why not buat untuk hidangan hari raya. Silap-silap time raya nanti wajib ada kek ni.

Nampak Sedap Kan... Hihhi.. hii...


KALAU RASA NAK BUAT, NI RESEPI KEK MARBLE PELANGI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
·       2 buku mentega Anchor (250gram)
·       1 mangkuk gula halus (saiz mangkuk Tau Fu Fah)- kalau tak nak manis.. sila kurangkan sukatan ini tau.. agak-agak sendirilah ok)
·       2 mangkuk tepung gandum (saiz mangkuk Tau Fu Fah)
·       1 sudu kecil bicarbonate
·       2 sudu kecil esen vanilla
·       6 biji telur bersaiz sederhana besar
·       3 sudu besar susu pekat manis
·       Pewarna makanan (hijau, pink, oren- kalau nak bubuh kaler lain pun boleh jugak, ikut suka kitalah)

CARA MEMBUATNYA:
1.   Ayak tepung gandum dan dengan bicarbonate terlebih dahulu.

2.   Pukul gula halus dan mentega sampai kembang.

3.   Setelah itu masukkan susu pekat manis serta esen vanilla. Pukul atau putar lagi.

4.   Selepas itu, masukan telur sebiji demi sebiji sampai habis. Setiap biji telur pukul lah dalam 20 saat.

5.   Setelah itu, perlahankan putaran mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.

6.   Kemudian bahagian adunan kepada 3 bahagian. (warna merah, oren,hijau. Sebenarnya kaler ini ikut suka kita jer... nak pelangi tu warna apa hihh...)

7.   Masukkan dalam acuan secara secara berselang seli. Kaler mana nak dulu pun, ikut suka hati ya. Apabila sudah selesai, lorekkan dengan pisau untuk membentuk corak marble pelangi.

8.   Jangan lupa hentak acuan tersebut supaya kek kita itu nanti naik sama tinggi dan tidak mengembung.

9.   Bakar selama 40 hingga ke 45 minit dengan suhu 180 darjah Celsius. Done!


Okay, selamat mencuba Resepi Kek Marble Pelangi yang cukup sedap, ala-ala kek zaman dulu-dulu. Cubalah tau...