Inilah Rupanya Kek Marble Pelangi Ala Kek Zaman Dulu-Dulu |
DAH
LAMA TAK MEMBAKING. BILA STRESS, MOOD TU DATANG BALIK. NANTI TRY LA RESEPI KEK
MARBLE PELANGI YANG SIS KONGSIKAN INI. SEDAP ‘GILOS’ TAU!
Kalau
nak tahu memasak atau membuat kuih/biskut/kek/bubur adalah terapi stress Sis
yang paling mujarab. Sambil memasak tu, Sis suka pasang lagu-lagu kegemaran
sebab apa yang Sis tahu kalau kita dengar muzik favourite kita selama 30
minit, ia dikatakan mampu melepaskan zat endorphin untuk mengurangkan
stress serta menghilangkan rasa sakit,
termasuklah sakit hati! Haha.. haha..
Si Abang gigih memutar adunan Kek Marble Pelangi |
Oklah,
Sis share ye Resepi Kek Marble Pelangi yang Sis buat bersama anak bujang Sis,
Haikal Haziq. Kali ni, Sis tukang sukat bahan dan tukang bakar. Lain-lain, anak
bujang tu yang buat. Nak ajak anak dara Sis, alahai Dhia Marissa kecik lagi. Karang main-main dengan tepung, pening pulak kepala Sis nak mengemasnya... Huhu...huu...
Sebelum share resepi ni, Sis nak cerita tentang rasa Kek Marble Pelangi ni. Selain senang dan tak renyah nak
membuatnya, rasanya juga sangat
lembut dan moist. Rugi tau kalau tak cuba resepi yang Sis share ni.
Sedap
sangat kalau dimakan panas-panas. Ok
juga jika buat hidangan untuk anak-anak atau kawan-kawan yang datang bertandang
ke rumah sambil minum-minum Teh O panas gitu. Tak pun, dekat nak raya nanti,
why not buat untuk hidangan hari raya. Silap-silap time raya nanti wajib
ada kek ni.
Nampak Sedap Kan... Hihhi.. hii... |
KALAU RASA NAK BUAT, NI RESEPI KEK MARBLE
PELANGI
BAHAN-BAHAN YANG
DIPERLUKAN:
· 2 buku mentega Anchor
(250gram)
· 1 mangkuk gula halus
(saiz mangkuk Tau Fu Fah)- kalau tak nak manis.. sila kurangkan sukatan ini tau.. agak-agak sendirilah ok)
· 2 mangkuk tepung gandum
(saiz mangkuk Tau Fu Fah)
· 1 sudu kecil bicarbonate
· 2 sudu kecil esen
vanilla
· 6 biji telur bersaiz
sederhana besar
· 3 sudu besar susu pekat
manis
· Pewarna makanan (hijau,
pink, oren- kalau nak bubuh kaler lain pun boleh jugak, ikut suka kitalah)
CARA
MEMBUATNYA:
1.
Ayak
tepung gandum dan dengan bicarbonate terlebih dahulu.
2.
Pukul
gula halus dan mentega sampai kembang.
3.
Setelah
itu masukkan susu pekat manis serta esen vanilla. Pukul atau putar lagi.
4.
Selepas
itu, masukan telur sebiji demi sebiji sampai habis. Setiap biji telur pukul lah
dalam 20 saat.
5.
Setelah
itu, perlahankan putaran mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
6.
Kemudian
bahagian adunan kepada 3 bahagian. (warna merah, oren,hijau. Sebenarnya kaler ini ikut suka kita jer... nak pelangi tu warna apa hihh...)
7.
Masukkan
dalam acuan secara secara berselang seli. Kaler mana nak dulu pun, ikut suka hati ya. Apabila sudah selesai, lorekkan
dengan pisau untuk membentuk corak marble pelangi.
8.
Jangan
lupa hentak acuan tersebut supaya kek kita itu nanti naik sama tinggi dan tidak
mengembung.
9.
Bakar
selama 40 hingga ke 45 minit dengan suhu 180 darjah Celsius. Done!
Okay,
selamat mencuba Resepi Kek Marble Pelangi yang cukup sedap, ala-ala kek zaman
dulu-dulu. Cubalah tau...
9 Comments
Nostalgia sangat.
ReplyDeleteKih..kih.. kih.. jangan lupa cuba buat tau kak... Boleh feeling-feeling sambil makan kek ni. :p
DeleteBuat step by step kak. Lagi cantik. Hiks
ReplyDeleteAahahah... next time boleh juga kan.... nih nak cepat.. supermom tak leh lelama kat dapur... lelama pegang fon huhu... kena gerak pantas semua keje hihhi....
ReplyDeletewaw..nampak sedap kek ni.. buat kan satu sis.. hehe :)
ReplyDeletekih kih kih... mmg sedap resepi turun temurun gitu.. apakata Intan try buat dan bagi sis rasa :))p
Deleteoii kenapa tak bagi aku rasa niiii
ReplyDeleteSajer je tak nak bagi ko, nanti ko makan banyak... tambah montel, sia-sia diet ko hahah... hahah...
DeleteX pakai baking powder ke sis?
ReplyDelete