Selepas raya hari tu, berat badan memang baik dan masih tak turun-turun. Rasanya macam dah diet, makan pun tak banyak tapi....
So korang yang mahu turunkan berat badan boleh follow cara Sis nie.Insya-Allah ianya dapat membantu korang mencapai berat badan ideal secara sihat. Kalau nak ikut, ada orang tu boleh turunkan berat badannya sehingga 4 atau 5 kg dalam masa seminggu.
Okaylah, di bawah ni ada beberapa cara menurunkan berat badan yang mungkin boleh korang praktikkan, antaranya:
1.WAJIB BERSARAPAN PAGI
Sis percaya ramai di antara korang yang nak turunkan berat badan, suka mengelak atau mengenepikan sarapan pagi. Konon-kononnya mahu mengurangkan pengambilan kalori. Sedangkan, kalau korang nak tahulah, mereka yang secara rutin mengambil sarapan pagi akan lebih mudah menurunkan berat badan ataupun mempertahankan berat badannya.
Nak tahu sebab apa, biasnya orang yang tidak bersarapan pagi akan makan dengan kuantiti yang lebih banyak ketika tengahari atau malam hari nanti.Lapo sangat punya pasal! Hahhaa...
Sekalipun korang nak kurus, korang tetap perlu bersarapan pagi secukupnya.Kenalah pilih makanan yang mengandungi protein serta fiber bagi menambah energi serta membuatkan korang berasa kenyang dengan lebih lama.
Nak kurus, kena rajin minum green tea! |
2. KENALAH JUGA BERSENAM
Kalau korang betul-betul nak turunkan berat badan korang tu dengan cepat, jangan sekali-kali malas nak bersenam. Semakin banyak kalori yang terbakar, semakin cepatlah juga berat badan kita yang turun.
Cubalah korang buat senam aerobik ataupun berjogging, sebab kedua-dua senaman ini boleh meningkatkan massa otat dan juga metabolisme.
Bukan tu jer tau, endapan karbohidarat dan cairan di dalam badan yang membuatkan berat badan kita meningkat pun akan berkurangan.
3. TIDUR SECUKUPNYA
Ketika tidur, tubuh akan melakukan pembaikan sel-sel tubuh. Jadi, sebab itulah kalau kita tidur tak cukup 6 jam, tubuh akan jadi lemah dan sakit atau meminta pengambilan kalori berlebihan bagi membalas kelemahan tubuh kita. Akibatnya, kita akan makan dan makan tanpa memikirkan ianya sihat ataupun elok untuk diet kita.
4. JAGA PEMAKANAN
Sekiranya korang makan berlebihan disebabkan suatu masalah seperti tekanan kerja, bergaduh dengan BF/GF/SUAMI/ISTERI/KAWAN-KAWAN. Bermakna korang perlu lebih berdisiplin tentang bab ‘makan-makan’ nie.
a) Makan Dalam Jumlah Sedikit
Adalah lebih baik jika korang makan dalam jumlah yang sedikit setiap 4 atau 5 jam sekali, kalau dibandingkan makan dua kali dengan jumlah yang berlebihan. Dua, tiga pinggan!Jadi, cubalah berhenti makan sebelum korang betul-betul terasa senak atau mengah akibat kekenyangan!
b) Tidak Melengah-Lengahkan Time Makan
Kena biasakan diri untu makan secara teratur. Elakkan sikap menunggu sehingga perut terasa amat labar kerana ia akan membuatkan korang cenderung makan berlebihan.
c) Kira Kalori Yang Dimakan
Mengurangkan pengambilan kalori terbukti efektif untuk menurunkan berat badan dalam waktu yang singkat. Jadi, cubalah kurangkan makan-makanan yang mengandungi bahan-bahan pengawet atau perasa. Bgitu juga dengan pengambilan nasi, pasta atau makanan lain yang banyak mengandungi gula atau karbohidarat.

Sebaliknya pilihlah makanan yang banyak mengandungi protein seperti ikan, ayam, aging tanpa lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidratnya.
5. JOM, PUASA!
Bagi yang masih belum ganti puasa atau nak berpuasa sunat, jom kita sama-sama berpuasa. Bukan apa, banyak kelebihan bila kita berpuasa secara rutin walaupun bukan di bulan Ramadan.Selain menambah pahala, secara tak langsung boleh juga membantu kita menurunkan berat badan.

Tapi, pastikan kita minum air masak secukupnya ketika berbuka puasa dan bersahur.Tetap wajib minum 8 gelas sehari tau dan pilihlah menu sihat seperti dada ayam (dipanggang), telur rebus, roti gandum, nasi beras perang, sayurrebus atau salad sayur-sayuran.
Elakan minum minuman yang manis atau berkarbonat serta makanan berminyak atau digoreng. Kalau suka makan yoghurt, memang bagus sebab boleh kurangkan rasa haus serta menjaga sistem penghadaman kita ketika sedang berpuasa.
Itulah antara 5 cara menurunkan berat badan dengan betul. Kalau kena caranya dan dibuat secara konsisten, insyaAllah boleh turun 1kg-3kg per minggu. Itupun dah kira ok, kan...Selamat mencuba tips yang diberikan.

Sekian dulu catatan Sis tentang bab turunkan berat badan. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Babai.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments