Diet tak makan nasi. Korang pernah diet tak makan nasi? Boleh tahan ya? Sis sehari kalau tak dapat nasi, rasa dah menggeletar badan! Hahaha…

Diet Tak Makan Nasi, Sanggup Tak?


Disebabkan nasi merupakan sumber karbohidrat yang mengandungi indeks glisemik (GI) yang tinggi, jadi tak hiaranlah mereka yang sedang berdiet berusaha untuk menghindari makan nasi.

diet tak makan nasi

Nasi Sumber Karbohidrat Indeks Glisemik (GI) Yang Tinggi


Indeks glisemik (GI) adalah nilai kepantasan makanan yang diserap dan diubah menjadi gula dalam darah. Apabila GI semakin tinggi pada sesuatu makanan, bermakna kenaikan gula darah dalam badan juga menjadi semakin meningkat.

Gula Dalam Darah Yang Tinggi Undang Pelbagai Penyakit


Gula dalam darah yang tinggi boleh mengundang potensi pelbagai penyakit, antaranya diabetis dan obesity. Disebabkan makin berusia nie, kesihatan perlu dititikberatkan sebab penyakit-penyakit mudah datang. 

Jadi, kebelakangan nie sis memang berusaha elakkan untuk makan nasi. Apatah lagi, berat badan makin bertambah nie! So, memang nak kena diet sikit.


Menu Diet Selain Daripada Nasi

Okaylah, jom tengok apa menu diet yang boleh dinikmati selain daripada nasi. Check it out!

diet tak makan nasi

1. Pasta

Pasti mengandungi asid folat yang tinggi, rendah lemak dan glukosa yang lebih rendah jika dibandingkan dengan roti.

Ada satu kajian yang sis baca, katanya pengambilan pasta ketika dalam proses diet boleh mengurangkan kelebihan kalori di tubuh.

Pasta juga dikatakan mempunyai kadar IG yang rendah, bermakna lebih lambat menaikkan kadar gula darah. Cuma, hati-hati pilih sos. Adalah lebih baik jika kita sos tomato dengan tambahan rencahan segar dan bukan daripada sos segera.


jagung

2. Jagung

Jagung adalah sumber karbohidrat dan kaya antioksidan. Sebagai sumber makanan yang kaya serat juga mengandungi vitamin B, mineral dan pigmen.

Makanan ini ini sangat bagus untuk mata dan paru-paru. Kalau nak lagi elok, kita kena pilih jagung organik yang bebas daripada bahan-bahan kimia.

Masa berdiet kta memang kena jaga sistem metabolisme tubuh. Untuk itu, kitab oleh makan jagung rebus atau kukus.

 

3. Kentang

Kentang boleh jadi pengganti nasi kerana boleh membuatkan rasa kenyang seperti nasi. 

Kentang mempercepatkan pembakaran lemak kerana mengandungi pati resisten. Zat ini lama dicerna dan diserap tubuh sehingga akan membakar lebih banyak lemak.Zat yang terkandung dalam kentang selain itu adalah vitamin B, C, zat besi, kalsium, kalum dan serat.

Tambahkan kentang dalam sup, atau rebus kentang lumat menjadi mashed potato.Hindari pengambilan kentang goreng atau menambah kicap dan sebagainya yang boleh menambah kalori! Bukan senang, kan… he he he…


diet tak makan nasi

4. Salad Sayur

Sesekali menikmati salad sayur untuk diet nie sedap juga.Kena letak pelbagai jenis sayuran supaya menjadi salad sayur yang berkhasiat dan sedap giteww.

Baca Juga: Cara Buat Salad Buah, Kudapan Sihat

Nak lebih sedap, gandingkan makanan yang banyak protein seperti ayam panggang dan daging cincang atau protein lain.Pastikan ia tidak digoreng.

Itulah antara  makanan yang boleh jadi pengganti nasi, boleh dipraktikkan untuk diet tanpa nasi. Kita cuba sama-sama ye. Semoga boleh kurus secara sihat!