www.aniemohamed.blogspot.com


Korang yang bekerja sendiri dari rumah atau yang memang sentiasa duduk diam-dia kat dalam rumah dalam jangka waktu lama, pasti pernah mengalami rasa bosan!

Jika rasa ini tidak dikawal dengan baik, lama kelamaan boleh merosakkan kesihatan mental.Memandangkan sis lebih banyak menghabiskan masa di rumah, jadi sis kenalah melawan rasa bosan tersebut dengan sebaik-baiknya. Kalau sis rasa dah penat buat kerja, sis rest atau buat apa sahaja aktiviti-aktiviti yang produktif dan berguna.

Nak tahu tak, apa aktiviti yang boleh korang lakukan untuk menghilangkan rasa bosan tersebut? Berikut ini 5 cara yang boleh korang cuba.

www.aniemohamed.blogspot.com



1. Makan Makan Yang Disukai

Apa menu favourite korang? Kalau sis, time bosan, mulalah teringin nak makan macam-macam, terutama makanan dan minuman yang sis sukai.

Menikmati makanan disukai ternyata akan membuatkan kita berasa lebih tenang dan bahagia. Kalau sila kan… hatipun jadi berbunga-bunga bila kekenyangan. Hahaa… rasa puas hati sangat! Apapun, kita tetap perlu menjaga gaya pemakanan yang sihat dan jangan terlampau berlebihan.

Baca Juga: Resepi Gulai Tempoyak Versi Pahang


www.aniemohamed.blogspot.com


2. Belajar Memasak/Cuba Resepi Baru

Hilangkan rasa bosan dengan belajar memasak atau mencuba resepi-resepi baru yang selama ini belum pernah kita cuba.

Jika selama ini kita agak liat untuk ke dapur, asyik ‘menapau’ jer, untuk 2022 elok juga kalau kita lebih berjimat cermat sambil meningkatkan lagi kemahiran kita memasak. Gitewww…

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Ayam Goreng Cili Padi 


www.aniemohamed.blogspot.com


3. Sihatkan Badan Dengan Bersenam

Aktiviti ini bukan sekadar menyihatkan badan, tetapi boleh dijadikan salah satu cara untuk kita menghilangkan kebosanan.

Luangkan waktu yang ada itu untuk bersenam. Tak perlu yang berat atau susah-susah, senaman ringan pun sudah memadai untuk menyihatkan badan kita. Kasi keluar peluh jantan sikit! Nak lagi syok, ajaklah si dia atau anak kecil korang bersenam sekali. Hee… heheh…

Baca Juga: Jom Turunkan Berat Badan Dengan Treadmill


www.aniemohamed.blogspot.com



4. Marathon Filem/Siri TV

Cuba hilangkan kebosanan tersebut dengan menonton filem atau siri TV yang para pelakonnya korang minati.  Bagi sis aktiviti menonton nie agak membahayakan sikit, sebab bila terkena cerita bersiri atau banyak episode. Tambahan pula, para pelakonnya jadi pujaan hati, haru-biru kejaplah! Hahaha.. hahha


www.aniemohamed.blogspot.com


5. Berkebun

Aktiviti yang satu nie paling sis suka, diri seakan menyatu dengan alam. Sekalipun keluasan tanah untuk bercucuk tanam kat rumah sis amatlah terhad, namun sis tak patah semangat. Hahhaa… hahaa…

Time bosan atau stres, sis memang suka buat aktiviti nie.Bila keluar berkebun, tak kisahlah menanam, membersihkan ataupun sekadar melawat kawasan sahaja, hati dah terasa tenang. Lebur terus perasaan bosan! 

Banyak manfaat berkebun dan aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan mental. Bagi korang yang sering mengalami depresi bolehlah pilih terapi berkebun nie sebagai salah satu cara untuk meredakannya.

Baca Juga: Nak Bercucuk Tanam, Tak Perlu Ruang Yang Luas

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh korang lakukan untuk menghilangkan rasa bosan tersebut. Terpulang pada koranglah, paling penting buatlah aktiviti yang mampu membuatkan hati korang rasa seronok dan bahagia!

Take care!

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Credit Images: pexels.com