Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Bulan Disember bakal tiba. Itu bermakna, tahun 2018 bakal berkahir. Selain bakal mengucapkan selamat datang tahun 2019, sebagai umat Islam kita tidak boleh melupakan kewajipan kita untuk membayar zakat apabila telah cukup syaratnya.

Memandangkan kita sudah berada di penghujung tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat'. Tujuannya adalah untuk menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.



Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Majlis ini turut diserikan dengan penampilan istimewa selebriti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan mengeluarkan zakat itu adalah wajib. Salah satunya adalah Zakat Harta dan ia boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Di samping itu, kempen ini diadakan bertujuan utuk mengalakkan umum agar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.



Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat' terdapat pelbagai saluran pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pembayar. Antaranya:
11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP :

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)

2. Plaza RAH, Kampung baru

3. Masjid Negara

4. KLSC Wangsa Maju

5. UTC KL, Pudu Sentral

6. Presint 9, Putrajaya

7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya

8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong

9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI

10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong

11. Labuan Times Square

1. Bagi mempromosikan saluran ini turut diserikan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
* Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
* Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
* Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
* Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.
* Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
* Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan.
* Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Amar Baharin merupakan selebriti yang bakal mempromosikan saluran in
3. PERBANKAN INTERNET

Dunia semakin canggih, segalanya kini menjadi lebih mudah. Semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat.
Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Pihak PPZ-MAIWP telah memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP datang ke lokasi, sama ada rumah ataupun pejabat. Boleh hubungi talian 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.

Bell Ngasri adalah selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini
5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP turut memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperoleh tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan.
PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP mempromosikannya
MILIKI CENDERAHATI KHAS & JUMPA SELEBRITI
Bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di kaunter PPZ-MAIWP, korang akan menerima pelbagai cenderahati khas seperti produk asnaf dan kalendar 2019. Di samping itu, korang juga berpeluang untuk bertemu dengan selebriti pilihan di kaunter PPZ-MAIWP. 

Antaranya Ustaz Haslin Baharim di kaunter Shamelin Perkasa pada13 Disember, Norman Hakim di KLSC Wangsa Maju pada 18 Disember dan Ustaz Elyas Ismail Persint 9, Putrajaya pada 22, Disember, 2018. Bermula jam 12.30 tengahari hingga 1.00 petang. Jadi, jangan lepaskan peluang nie tau.

PPZ-MAIWP berharap agar kita yang berada di Wilayah Persekutuan, sama-sama merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita.

Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, semoga kita tidak bertangguh lagi dan memberikan seribu satu alasan untuk tidak membayar zakat.

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my
Talian zakat: 1300885757

Sekian sahaja catatan sis kali ini. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed